.

.

Thursday, 16 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2017

Hari : Jumaat
Tarikh : 17 mac 2017
Edisi 4 (penutup)

Hari terakhir bagi kejohanan balapan dan padang peringkat daerah maran yang sedang berlangsung pada pagi ini hampir keseluruhan acara yang disertai bertumpu kepada peserta lelaki dan perempuan bawah 13 dan 15 tahun, Bagi kategori bawah 18 tahun yang dipertandingkan pada peringkat akhir pula adalah bagi acara 200meter dan 4x400meter.

Sesi yang berlangsung pada petang semalam, dengan cuaca yang sedikit mendung dan redup pada awalnya memberi peluang kepada para peserta memberi persembahan yang terbaik bagi acara padang yang disertai, namun beberapa jam selepas acara berlansung keadaan cuaca tidak begitu menyebelahi para peserta yang menyertai acara balapan yang dipertanding pada ketika itu, walaupun terdapat sedikit kekangan dari segi faktor cuaca, acara tetap dijalankan seperti yang telah dijadualkan.



Bagi acara lompat jauh kategori perempuan bawah 12 tahun yang dipertandingkan pada peringkat akhir telah dimenangi oleh Wan Syaza Nuramni Bt. W. Iskandar dari zon Luit dengan catatan jarak lompatan sejauh 3.79m, diikuti pula dengan kemenangan peserta naib johan dengan catatan jarak 3.62m dari zon Chenor dimenangi oleh Balqis Umairah Bt. Mohamad Yusrizam dan ditempat ketiga pula dimenangi oleh Puteri Nur Anis Bt. Mohd Yusuf dari zon yang sama zon Chenor dengan catatan jarak 3.57meter.

Bagi acara lompat kijang peserta perempuan bawah 18 tahun , peringkat akhir, johan dimenangi oleh Nur Amira Syazliany Firtah Bt. Abd Hadi dari SMK Jengka 16 dengan catatan jarak 8.71meter, naik johan pula dimenangi oleh Nur hazikah Izzati Bt. helmi, dari SMK Jengka Pusat 2 dengan catatatn jarak 8.15meter.

Merejam Lembing kategori perempuan bawah 13 tahun, peringkat akhir, Johan dimenangi oleh Nur syamimi Athira Bt. Nordin dari SMK Jengka 16 dengan catatan jarak balingan sejauh 16.45meter, dan bagi acara lontar peluru peringkat akhir, kategori lelaki bawah 12 tahun dijuarai oleh Amreel Syahmi B. Mohd Sopian dari zon Jengka dengan catatan jarak lontaran 9.40meter.

Beralih kepada acara lompat tinggi peringat akhir, kategori perempuan bawah 15 tahun johan dimenangi oleh adik Yusaziela Humairah Bt. Yusari dari SMK Maran 2 dengan rekod lompatan 1.20meter, bagi acara 110meter lari berpagar peringkat akhir kategori lelaki bawah 18 tahun johan dimenangi Mohamad Haikal fikri B. Mohd Hezri dari SMK Jengka 16 dengan jarak masa 16.92saat, turut dipertandingkan dengan acara yang sama bagi kategori lelaki bawah  15 tahun pula johan peringkat akhir dimenangi oleh Said Roslan dari SMK Jengka Pusat 2 dengan catatan masa 18.41s.

Acara 100meter Lari berpagar ketegori perempuan 18 tahun, peringkat akhir johan dimenangi Siti Nur Ain Binti Azmi dari SMK Jengka 2, dengan catatan masa 21.41saat,acara yang sama kategori perempuan bawah 15 tahun, johan dimenangi oleh Nur aida nadhirah Bt. Shaari dari SMK Tengku Ampuan Afzan dengan catatan masa 19.68saat, beralih pula pada acara 80meter lari berpagar kategori perempuan bawah 12 tahun peringkat akhir johan dimenangi oleh Zul ain an nur Bt. Abdul Rahman dari zon jempol dengan rekod masa 16.99saat.


Acara lain yang dipertandingkan pada sebelah petangnya juga , adalah acara 200meter bagi peringkat separuh akhir kategori perempuan dan lelaki bawah 18 dan 15 tahun.

Bagi melihat keputusan keseluruhan acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan balapan dan padang peringkat daerah maran tahun 2017 ini boleh dilihat di pautan ini :

http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-16

Hari terakhir acara balapan dan padang 

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, acara pada hari penutup bagi kejohanan yang berlangsung adalah acara 5000meter, 3000meter, 2000meter jalan kaki, 200meter dan 4x400meter, untuk acara padang pula lompat jauh,lontar peluru,lompat tinggi dan merejam lembing.

Bagi acara 5000 meter peringkat akhir, lelaki terbuka telah menunjukkan satu lagi catatan rekod baru oleh Muhammad Faris Aiman B. Mohamad Saffei dengan catatan masa 17:54:43 saat dengan memadam rekod lamanya sendiri, catatan masa sebelum itu 18:26.67saat.

Bagi melihat keputusan keseluruhan acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan balapan dan padang peringkat daerah maran tahun 2017, pada hari ini boleh dilihat di pautan ini :

http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-17

Penutup

Dapat dinyatakan, keseluruhan acara yang dipertandingkan di sepanjang kejohanan ini, berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Setiap peserta yang memasuki acara memberi sepenuh komitmen dalam apa juga perlawanan yang disertai, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu tidak mematahkan semangat mereka untuk membuktikan bahawa setiap usaha yang dilakukan pasti membuahkan kecemerlangan yang dapat mengharumkan nama dan imej sekolah yang dibawa.

Ini dapat dibuktikan dengan kecemerlangan yang diperolehi oleh peserta olahragawan adik Muhamad Faris Aiman B. Muhamad Saffei dari Smk Desa Jaya , dengan mencatatkan rekod baru dalam acara balapan 1500meter L18, 5000meter jalan kaki L(T) dan 5000meter (L(T). Bagi olahragawati pula adik Nur Aida Nadhirah B. Shaari dengan catatan rekod baru dalam acara 200meter lari berpagar P(15) catatan masa 35.67saat dari SMK Tengku Ampuan Afzan dan beberapa lagi olahragawan dan olahragawati lain yang turut sama mencatatkan rekod baru dalam acara yang disertai.

Berakhirnya acara kejohanan ini, moga setiap olahragawan dan olahragawati yang telah mencapai kecemerlangan yang membanggakan ini dapat meneruskan lagi kejayaan yang dicipta pada masa-masa yang akan datang kepada peringkat yang lebih baik lagi, dan kepada para peserta lain yang turut menyertai kejohanan ini menjadi lebih bersemangat lagi untuk memberi persaingan yang hebat pada kejohanan-kejohanan yang akan datang. Setiap usaha yang dilakukan dengan kesabaran yang tinggi pasti membuahkan hasil yang memuaskan insyaAllah.

Turut juga diucapkan setinggi -tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang menjayakan acara Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Maran 2017 ini, baik dari sekecil-kecih tugas dan sebesar-besar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, moga Allah s.w.t membalas setiap peluh dan keringat yang telah disumbangkan dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Maran 2017. Sekali lagi, setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas usaha dan keringat yang diberikan.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2017

Hari : Khamis
Tarikh : 16/3/2017
Edisi 3

         Acara yang berlangsung pada hari ke-4 ini berlangsung dengan begitu baik sekali, ditambah dengan cuaca yang sedikit redup, memberi kelebihan kepada para peserta dalam memberi input yang lebih cemerlang kepada setiap acara yang disertai. Pada sesi petang semalam telah banyak acara-acara bagi kategori balapan telah berlansung pada peringkat separuh akhir. Hari ini adalah penentu untuk saingan peringkat akhir.


         Bagi acara balapan yang telah berlangsung pada pagi ini menyaksikan atlet dari SMK Jengka 16 telah mendominasi tempat pertama bagi acara lari 4x100 meter peringkat akhir bagi kategori perempuan masing-masing bawah 15 tahun dan 18 tahun.



         Turut juga telah selesai acara yang dijalankan adalah acara lontar peluru bagi kategori perempuan bawah 10 tahun peringkat akhir yang diungguli oleh pasukan dari zon chenor. Adik Alia Syadiah binti Abd Manan ditempat pertama dengan rekod balingan sejauh 6.09m mengatasi pencabar sepasukan nya Amni Nabila Bt Sharifudin yang berada ditempat kedua manakala pasukan dari zon Jempol ditempat ke 3.


         Bagi saingan akhir acara lompat jauh kategori lelaki bawah 12 tahun pula telah berjaya dimenangi oleh atlet dari pasukan zon jempol iaitu Muhammad Aiman B. Yasran dengan catatan rekod lompatan sejauh 4.47meter. Sambil itu acara balapan pula 3000Meter jalan kaki akhir telah dimenangi oleh peserta Nur Khairunnisa Bt Khirulnizam yang mencatat masa 22:39:63saat dari pasukan SMK Jengka 16 bagi kategori perempuan(T) yang telah dilansungkan pada awal pagi ini.



        Pasukan dari zon jengka juga telah memenangi bagi acara 4x100meter kategori perempuan 12 tahun bagi saingan peringkat akhir yang baru saja dijalankan pada pagi ini. Acara pecut 100meter saingan akhir pula telah dimenangi oleh peserta dari pasukan zon Jempol bagi kategori lelaki manakala zon Chenor pula kategori perempuan masing-masing bawah 10 tahun.























   Sebahagian pegawai-pegawai sukan yang bertugas pada pagi ini.







Untuk keputusan penuh bagi acara-acara yang telah dijalankan hari ini sila klik link di bawah...

http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-16

Wednesday, 15 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2017


HARI      : RABU

TARIKH : 15/3/2017

EDISI 2 









   
       Pada hari ke 3 kejohanan pagi ini telah berlangsungnya bagi acara-acara balapan dan padang bagi kategori bawah 13, 15 dan 18 tahun. Acara yang dijalankan termasuklah bagi kategori separuh akhir dan akhir.






         Bagi acara akhir lari 1500 meter kategori akhir lelaki dan perempuan bagi bawah umur 13,15 dan 18 tahun telah selesai berlangsung pada pagi ini. Rekod baru telah direkod bagi acara ini telah dicipta menerusi atlet dari SMK Desa Jaya iaitu Muhammad Faris Aiman Bin Muhammad Saffi yang mencatatkan masa 4:36:14s mengatasi rekod sebelum ini iaitu 4:37:40s bagi kategori 1500m bawah 18 tahun. Ini adalah satu pencapaian yang terbaik bagi dirinya dan negeri Pahang.





        Acara-acara lain yang baru sahaja selesai berlangsung adalah acara lompat kijang bagi kategori lelaki bawah 15 tahun peringkat akhir yang dimenangi oleh Nik Mohamad Sayuti B. Nik Romdzan dari SMK Jengka Pusat 2 sejauh 10.71 meter. Acara seterusnya adalah acara merejam lembing peringkat akhir yang telah disandang oleh Mohamad Azriq Iskandar B. Arbain dari SMK Maran 2 bagi kategori lelaki bawah 13 tahun. Acara lompat tinggi bagi kategori akhir lelaki bawah 15 tahun juga telah selesai berlangsung pagi ini yang mencatatkan kemenangan lagi sekali kepada atlit dari SMK Jengka Pusat 2 iaitu Nik Muhamad Sayuti B. Nik Romdzan.

     














 


   


 


         Bagi acara lontar peluru bagi kategori lelaki bawah 15 tahun satu rekod baru telah berjaya direkodkan oleh atlit dari SMK Maran iaitu Syamsul Naim Najmi Bin Adzman berjarak 11.73meter mengatasi rekod sebelum ini 11.57meter.



    Acara lontar peluru disertai kategori perempuan dan lelaki masing-masing bawah 15 tahun.




           Acara merejam lembing, lompat jauh dan acara lontar cakera yang disertai peseta perempuan bawah 18 tahun dan lelaki bawah 13 tahun.





Acara lompat tinggi dan lari 1500meter disertai oleh peserta perempuan bawah 15,18 dan lelaki bawah 15,18 tahun.





KEPUTUSAN KESELURUHAN KLIK LINK INI....

http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-15

Tuesday, 14 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2017

HARI      : SELASA

TARIKH : 14/3/2017

EDISI 1

         Pada hari pertama kejohanan MSSD ini (13/3/2017) telah dimulakan dengan acara baling tukul besi bagi kategori lelaki dan perempuan. Dalam pertandingan telah disertai seramai 8 orang peserta bagi kategori lelaki dan bagi kategori perempuan seramai 6 orang peserta. Dalam acara itu satu rekod baru telah dicipta dengan jarak balingan 32.50m yang mengatasi rekod MSSP sebelum ini hanya 29.92m. Ia telah berjaya dicipta oleh 2 orang pelajar dari SMK Jengka 16 Muhammad Badrul Latif B. Ismail sejauh 32.50m dan rekod pesaing dibawahnya Muhammad Sharulnizam Iskandar Md. Nor dari SMK Jengka 18 balingan sejauh 31.17m. Bagi kategori perempuan pula ia telah dimenangi oleh peserta Nurul Azlinah Bt. Azmi dari SMK Kampung Awah iaitu balingan sejauh 15.89m.



SESI PAGI

        Pada pagi ini iaitu hari kedua kejohanan telah berlangsungnya acara balapan dan padang dengan cuaca yang mendung dan baik. Sebanyak 9 acara telah dilansungkan. Acara yang telah berlangsung pada pagi ini iaitu acara 5000meter jalan kaki bagi kategori lelaki akhir. Dalam acara ini satu rekod baru telah diatasi oleh peserta dari SMK Desa Jaya iaitu Muhammad Faris Aiman Bin Muhammad Saffi yang mencatatkan masa 26:53:30 saat mengatasi rekod negeri sebelum ini 27:12:12 saat. Ini satu pencapaian yang terbaik bagi kejohanan pada kali ini.




KEPUTUSAN ACARA YANG DIPERTANDINGKAN HARI INI




SESI PETANG

           Pada sesi petang pula 3 acara dijalankan seperti lari 200meter, 400meter dan 800meter bagi kategori lelaki dan perempuan masing masing mengikut umur bawah 13,15 serta 18 tahun. Ia berlangsung dengan baik memandangkan keadaan cuaca yang agak panas.





KEPUTUSAN BAGI ACARA-ACARA PETANG INI


Acara 100meter kategori perempuan bawah 13 tahun.

Untuk keputusan penuh sila klik link disini... 

HARI PERTAMA 13/3/2017
http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-13


HARI KEDUA 14/3/2017
http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-14#NUM210