.

.

Tuesday, 14 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2017

HARI      : SELASA

TARIKH : 14/3/2017

EDISI 1

         Pada hari pertama kejohanan MSSD ini (13/3/2017) telah dimulakan dengan acara baling tukul besi bagi kategori lelaki dan perempuan. Dalam pertandingan telah disertai seramai 8 orang peserta bagi kategori lelaki dan bagi kategori perempuan seramai 6 orang peserta. Dalam acara itu satu rekod baru telah dicipta dengan jarak balingan 32.50m yang mengatasi rekod MSSP sebelum ini hanya 29.92m. Ia telah berjaya dicipta oleh 2 orang pelajar dari SMK Jengka 16 Muhammad Badrul Latif B. Ismail sejauh 32.50m dan rekod pesaing dibawahnya Muhammad Sharulnizam Iskandar Md. Nor dari SMK Jengka 18 balingan sejauh 31.17m. Bagi kategori perempuan pula ia telah dimenangi oleh peserta Nurul Azlinah Bt. Azmi dari SMK Kampung Awah iaitu balingan sejauh 15.89m.



SESI PAGI

        Pada pagi ini iaitu hari kedua kejohanan telah berlangsungnya acara balapan dan padang dengan cuaca yang mendung dan baik. Sebanyak 9 acara telah dilansungkan. Acara yang telah berlangsung pada pagi ini iaitu acara 5000meter jalan kaki bagi kategori lelaki akhir. Dalam acara ini satu rekod baru telah diatasi oleh peserta dari SMK Desa Jaya iaitu Muhammad Faris Aiman Bin Muhammad Saffi yang mencatatkan masa 26:53:30 saat mengatasi rekod negeri sebelum ini 27:12:12 saat. Ini satu pencapaian yang terbaik bagi kejohanan pada kali ini.




KEPUTUSAN ACARA YANG DIPERTANDINGKAN HARI INI




SESI PETANG

           Pada sesi petang pula 3 acara dijalankan seperti lari 200meter, 400meter dan 800meter bagi kategori lelaki dan perempuan masing masing mengikut umur bawah 13,15 serta 18 tahun. Ia berlangsung dengan baik memandangkan keadaan cuaca yang agak panas.





KEPUTUSAN BAGI ACARA-ACARA PETANG INI


Acara 100meter kategori perempuan bawah 13 tahun.

Untuk keputusan penuh sila klik link disini... 

HARI PERTAMA 13/3/2017
http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-13


HARI KEDUA 14/3/2017
http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-14#NUM210



No comments:

Post a Comment