.

.

Thursday, 16 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2017

Hari : Khamis
Tarikh : 16/3/2017
Edisi 3

         Acara yang berlangsung pada hari ke-4 ini berlangsung dengan begitu baik sekali, ditambah dengan cuaca yang sedikit redup, memberi kelebihan kepada para peserta dalam memberi input yang lebih cemerlang kepada setiap acara yang disertai. Pada sesi petang semalam telah banyak acara-acara bagi kategori balapan telah berlansung pada peringkat separuh akhir. Hari ini adalah penentu untuk saingan peringkat akhir.


         Bagi acara balapan yang telah berlangsung pada pagi ini menyaksikan atlet dari SMK Jengka 16 telah mendominasi tempat pertama bagi acara lari 4x100 meter peringkat akhir bagi kategori perempuan masing-masing bawah 15 tahun dan 18 tahun.



         Turut juga telah selesai acara yang dijalankan adalah acara lontar peluru bagi kategori perempuan bawah 10 tahun peringkat akhir yang diungguli oleh pasukan dari zon chenor. Adik Alia Syadiah binti Abd Manan ditempat pertama dengan rekod balingan sejauh 6.09m mengatasi pencabar sepasukan nya Amni Nabila Bt Sharifudin yang berada ditempat kedua manakala pasukan dari zon Jempol ditempat ke 3.


         Bagi saingan akhir acara lompat jauh kategori lelaki bawah 12 tahun pula telah berjaya dimenangi oleh atlet dari pasukan zon jempol iaitu Muhammad Aiman B. Yasran dengan catatan rekod lompatan sejauh 4.47meter. Sambil itu acara balapan pula 3000Meter jalan kaki akhir telah dimenangi oleh peserta Nur Khairunnisa Bt Khirulnizam yang mencatat masa 22:39:63saat dari pasukan SMK Jengka 16 bagi kategori perempuan(T) yang telah dilansungkan pada awal pagi ini.



        Pasukan dari zon jengka juga telah memenangi bagi acara 4x100meter kategori perempuan 12 tahun bagi saingan peringkat akhir yang baru saja dijalankan pada pagi ini. Acara pecut 100meter saingan akhir pula telah dimenangi oleh peserta dari pasukan zon Jempol bagi kategori lelaki manakala zon Chenor pula kategori perempuan masing-masing bawah 10 tahun.























   Sebahagian pegawai-pegawai sukan yang bertugas pada pagi ini.







Untuk keputusan penuh bagi acara-acara yang telah dijalankan hari ini sila klik link di bawah...

http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-16

1 comment:

  1. Terbaik dari geng2 ajk buletin...teruskan wat yang terbaik!!!...hehe3

    ReplyDelete