.

.

Wednesday, 15 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2017


HARI      : RABU

TARIKH : 15/3/2017

EDISI 2 









   
       Pada hari ke 3 kejohanan pagi ini telah berlangsungnya bagi acara-acara balapan dan padang bagi kategori bawah 13, 15 dan 18 tahun. Acara yang dijalankan termasuklah bagi kategori separuh akhir dan akhir.






         Bagi acara akhir lari 1500 meter kategori akhir lelaki dan perempuan bagi bawah umur 13,15 dan 18 tahun telah selesai berlangsung pada pagi ini. Rekod baru telah direkod bagi acara ini telah dicipta menerusi atlet dari SMK Desa Jaya iaitu Muhammad Faris Aiman Bin Muhammad Saffi yang mencatatkan masa 4:36:14s mengatasi rekod sebelum ini iaitu 4:37:40s bagi kategori 1500m bawah 18 tahun. Ini adalah satu pencapaian yang terbaik bagi dirinya dan negeri Pahang.





        Acara-acara lain yang baru sahaja selesai berlangsung adalah acara lompat kijang bagi kategori lelaki bawah 15 tahun peringkat akhir yang dimenangi oleh Nik Mohamad Sayuti B. Nik Romdzan dari SMK Jengka Pusat 2 sejauh 10.71 meter. Acara seterusnya adalah acara merejam lembing peringkat akhir yang telah disandang oleh Mohamad Azriq Iskandar B. Arbain dari SMK Maran 2 bagi kategori lelaki bawah 13 tahun. Acara lompat tinggi bagi kategori akhir lelaki bawah 15 tahun juga telah selesai berlangsung pagi ini yang mencatatkan kemenangan lagi sekali kepada atlit dari SMK Jengka Pusat 2 iaitu Nik Muhamad Sayuti B. Nik Romdzan.

     














 


   


 


         Bagi acara lontar peluru bagi kategori lelaki bawah 15 tahun satu rekod baru telah berjaya direkodkan oleh atlit dari SMK Maran iaitu Syamsul Naim Najmi Bin Adzman berjarak 11.73meter mengatasi rekod sebelum ini 11.57meter.



    Acara lontar peluru disertai kategori perempuan dan lelaki masing-masing bawah 15 tahun.




           Acara merejam lembing, lompat jauh dan acara lontar cakera yang disertai peseta perempuan bawah 18 tahun dan lelaki bawah 13 tahun.





Acara lompat tinggi dan lari 1500meter disertai oleh peserta perempuan bawah 15,18 dan lelaki bawah 15,18 tahun.





KEPUTUSAN KESELURUHAN KLIK LINK INI....

http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-15

No comments:

Post a Comment