Tarikh : 17 mac 2017
Edisi 4 (penutup)
Hari terakhir bagi kejohanan balapan dan padang peringkat daerah maran yang sedang berlangsung pada pagi ini hampir keseluruhan acara yang disertai bertumpu kepada peserta lelaki dan perempuan bawah 13 dan 15 tahun, Bagi kategori bawah 18 tahun yang dipertandingkan pada peringkat akhir pula adalah bagi acara 200meter dan 4x400meter.
Sesi yang berlangsung pada petang semalam, dengan cuaca yang sedikit mendung dan redup pada awalnya memberi peluang kepada para peserta memberi persembahan yang terbaik bagi acara padang yang disertai, namun beberapa jam selepas acara berlansung keadaan cuaca tidak begitu menyebelahi para peserta yang menyertai acara balapan yang dipertanding pada ketika itu, walaupun terdapat sedikit kekangan dari segi faktor cuaca, acara tetap dijalankan seperti yang telah dijadualkan.
Bagi acara lompat jauh kategori perempuan bawah 12 tahun yang dipertandingkan pada peringkat akhir telah dimenangi oleh Wan Syaza Nuramni Bt. W. Iskandar dari zon Luit dengan catatan jarak lompatan sejauh 3.79m, diikuti pula dengan kemenangan peserta naib johan dengan catatan jarak 3.62m dari zon Chenor dimenangi oleh Balqis Umairah Bt. Mohamad Yusrizam dan ditempat ketiga pula dimenangi oleh Puteri Nur Anis Bt. Mohd Yusuf dari zon yang sama zon Chenor dengan catatan jarak 3.57meter.
Bagi acara lompat kijang peserta perempuan bawah 18 tahun , peringkat akhir, johan dimenangi oleh Nur Amira Syazliany Firtah Bt. Abd Hadi dari SMK Jengka 16 dengan catatan jarak 8.71meter, naik johan pula dimenangi oleh Nur hazikah Izzati Bt. helmi, dari SMK Jengka Pusat 2 dengan catatatn jarak 8.15meter.
Merejam Lembing kategori perempuan bawah 13 tahun, peringkat akhir, Johan dimenangi oleh Nur syamimi Athira Bt. Nordin dari SMK Jengka 16 dengan catatan jarak balingan sejauh 16.45meter, dan bagi acara lontar peluru peringkat akhir, kategori lelaki bawah 12 tahun dijuarai oleh Amreel Syahmi B. Mohd Sopian dari zon Jengka dengan catatan jarak lontaran 9.40meter.
Beralih kepada acara lompat tinggi peringat akhir, kategori perempuan bawah 15 tahun johan dimenangi oleh adik Yusaziela Humairah Bt. Yusari dari SMK Maran 2 dengan rekod lompatan 1.20meter, bagi acara 110meter lari berpagar peringkat akhir kategori lelaki bawah 18 tahun johan dimenangi Mohamad Haikal fikri B. Mohd Hezri dari SMK Jengka 16 dengan jarak masa 16.92saat, turut dipertandingkan dengan acara yang sama bagi kategori lelaki bawah 15 tahun pula johan peringkat akhir dimenangi oleh Said Roslan dari SMK Jengka Pusat 2 dengan catatan masa 18.41s.
Acara 100meter Lari berpagar ketegori perempuan 18 tahun, peringkat akhir johan dimenangi Siti Nur Ain Binti Azmi dari SMK Jengka 2, dengan catatan masa 21.41saat,acara yang sama kategori perempuan bawah 15 tahun, johan dimenangi oleh Nur aida nadhirah Bt. Shaari dari SMK Tengku Ampuan Afzan dengan catatan masa 19.68saat, beralih pula pada acara 80meter lari berpagar kategori perempuan bawah 12 tahun peringkat akhir johan dimenangi oleh Zul ain an nur Bt. Abdul Rahman dari zon jempol dengan rekod masa 16.99saat.
Acara lain yang dipertandingkan pada sebelah petangnya juga , adalah acara 200meter bagi peringkat separuh akhir kategori perempuan dan lelaki bawah 18 dan 15 tahun.
Bagi melihat keputusan keseluruhan acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan balapan dan padang peringkat daerah maran tahun 2017 ini boleh dilihat di pautan ini :
http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-16
Hari terakhir acara balapan dan padang
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, acara pada hari penutup bagi kejohanan yang berlangsung adalah acara 5000meter, 3000meter, 2000meter jalan kaki, 200meter dan 4x400meter, untuk acara padang pula lompat jauh,lontar peluru,lompat tinggi dan merejam lembing.
Bagi acara 5000 meter peringkat akhir, lelaki terbuka telah menunjukkan satu lagi catatan rekod baru oleh Muhammad Faris Aiman B. Mohamad Saffei dengan catatan masa 17:54:43 saat dengan memadam rekod lamanya sendiri, catatan masa sebelum itu 18:26.67saat.
Bagi melihat keputusan keseluruhan acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan balapan dan padang peringkat daerah maran tahun 2017, pada hari ini boleh dilihat di pautan ini :
http://smis.my/result/index.php?c=MSSDMARAN2017&number&noinitial&event_date=2017-03-17
Penutup
Dapat dinyatakan, keseluruhan acara yang dipertandingkan di sepanjang kejohanan ini, berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Setiap peserta yang memasuki acara memberi sepenuh komitmen dalam apa juga perlawanan yang disertai, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu tidak mematahkan semangat mereka untuk membuktikan bahawa setiap usaha yang dilakukan pasti membuahkan kecemerlangan yang dapat mengharumkan nama dan imej sekolah yang dibawa.
Ini dapat dibuktikan dengan kecemerlangan yang diperolehi oleh peserta olahragawan adik Muhamad Faris Aiman B. Muhamad Saffei dari Smk Desa Jaya , dengan mencatatkan rekod baru dalam acara balapan 1500meter L18, 5000meter jalan kaki L(T) dan 5000meter (L(T). Bagi olahragawati pula adik Nur Aida Nadhirah B. Shaari dengan catatan rekod baru dalam acara 200meter lari berpagar P(15) catatan masa 35.67saat dari SMK Tengku Ampuan Afzan dan beberapa lagi olahragawan dan olahragawati lain yang turut sama mencatatkan rekod baru dalam acara yang disertai.
Berakhirnya acara kejohanan ini, moga setiap olahragawan dan olahragawati yang telah mencapai kecemerlangan yang membanggakan ini dapat meneruskan lagi kejayaan yang dicipta pada masa-masa yang akan datang kepada peringkat yang lebih baik lagi, dan kepada para peserta lain yang turut menyertai kejohanan ini menjadi lebih bersemangat lagi untuk memberi persaingan yang hebat pada kejohanan-kejohanan yang akan datang. Setiap usaha yang dilakukan dengan kesabaran yang tinggi pasti membuahkan hasil yang memuaskan insyaAllah.
Turut juga diucapkan setinggi -tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang menjayakan acara Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Maran 2017 ini, baik dari sekecil-kecih tugas dan sebesar-besar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, moga Allah s.w.t membalas setiap peluh dan keringat yang telah disumbangkan dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Maran 2017. Sekali lagi, setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas usaha dan keringat yang diberikan.













